Mengenai MERTAC

Dengan pengalaman yang luas dan kepakaran yang kukuh, kami sentiasa berusaha untuk memberikan nilai yang terbaik untuk anda

Latar Belakang MERTAC

Dewan Tindakan Revolusi Dan Transformasi Ekonomi Malaysia (MERTAC) didaftar bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan ditubuhkan pada 23 Januari 2023 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

MERTAC adalah sebuah organisasi Pro Kerajaan yang memberi landasan kepada Usahawan Kecil dan Sederhana (Small Medium Enterprises) dan Usahawan Perindustrian (Small Medium Industry) bagi membangun pulih ekonomi negara berserantak dengan polisi kerajaan persekutuan.

Dewan Tindakan berfungsi sebagai badan pentadbiran, pengaruhan dan perancangan dengan bermaklamat mengiringi usahawan korporat menuju ke arah revolusi dan transformasi dalam berbilang sektor perniagaan. MERTAC mengejar idea revolusi dan transformasi yang mendatangkan pembaharuan dasar-dasar dan undang-undang dalam perniagaan dengan mengkaji, menyelidik dan menginovasi mengikut peredaran masa, demi memanfaatkan keseluruh rakyat Malaysia dengan mengkongsikan hasil dari segi peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan dalam kegiatan ekonomi negara.

Visi, Misi dan Fungsi

VISI

Memberi kesempatan kepada usahawan-usahawan dengan bekerjasama bagi merancang, melaksana dan menjayakan usaha revolusi dan transformasi dalam pembangunan ekonomi negara.

MISI

Mewujud dan merancang projek projek yang memanfaatkan ekonomi negara berdasarkan polisi kerajaan terutamanya dasar ekonomi baru kepada ahli ahli usahawan MERTAC

FUNGSI

penTadbiran, pengAruhan dan peRancangan (TAR)

Matlamat

  • Menuju ke arah revolusi dan transformasi dalam sektor keusahawanan bagi membangun dan memajukan ekonomi negara.
  • Memanfaatkan keseluruh rakyat Malaysia dengan mengkongsikan hasil dari segi peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan dalam bidang pembangunan ekonomi negara.
  • Memainkan peranan sebagai badan pengurusan pelabur asing bagi mengumpul dan melabur dana dalam sektor keusahawanan berteknologi dron dan sektor kehijauan.
  • Mewujudkan peluang perniagaan kepada ahli-ahli usahawan pertubuhan bagi menceburi diri dalam bidang keusahawanan ke peringkat antarabangsa.
  • Meningkatkan kualiti hidup serta mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan kesenian budaya bangsa bagi merapatkan hubungan persaudaraan dan persahabatan di kalangan rakyat Malaysia.
  • Mengamalkan sikap tolong menolong diantara ahli-ahli pertubuhan dan golongan yang kurang upaya bagi mewujudkan masyarakat prihatin.

Carta